WELCOME

We provide you the best fashion with affordable price

Saturday, 28 June 2014

Jus Herba Kelapa Dara (GOUT)

Posted by Ayesha Ramlee at 11:14
 KOD : GOUT
HARGA : RM 70.00

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

JUS HERBA KELAPA DARA (GOUT)

Jus Herba Kelapa Dara adalah rumusan dari herba terpilih, warisan zaman berzaman, generasi yang mementingkan kesihatan. Gabungan herba terbaiknya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolisma, serta melancarkan sistem perkumuhan. Tubuh tidak akan menghasilkan terlalu banyak asid urik dan dengan mudah dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.

Jus Herba Kelapa Dara bukanlah ubat penahan sakit jika diambil di waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. dengan yang demikian, anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam makanan.

FAKTA NUTRISI

Saiz Hidangan : 15 ml
Hidangan Per Pek :33

 Jumlah PurataSetiap HidanganSetiap 100 ml 
 Tenaga2 kcal (7kJ)12 kcal (50kJ) 
 Karbohidrat0.3 g2.1 g 
 Lemak0.0 g0.4 g 
 Protein0.0 g0.1 g 

BAHAN-BAHAN

Aqua, Cocos Nucifera, Vitis Vinifera, Orthosiphon Stamineus, Solanum Tuberosum, Cinnamomum Zeylanicum, P. Dactylifera, Habbatus Sauda, Herba Terpilih dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

BERAT : 500ml

CARA PENGGUNAAN

Minum 2 sudu, 2 kali sehari
(Selepas di buka, simpan di dalam peti sejuk - suhu di bawah 4 Celcius)

0 comments:

 

Ayesha Shopaholic Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting